Kerajaan teliti kaedah untuk tentukan penerima subsidi

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Kerajaan sedang meneliti penggunaan kaedah pendapatan boleh guna bagi menentukan kumpulan sasar bantuan dan subsidi, namun pelaksanaannya memerlukan masa dan penelitian lanjut sebelum dapat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, memaklumkan buat masa ini kerajaan masih mengekalkan pengelasan pendapatan B40, M40 dan T20 dengan pemberian bantuan ditentukan berasaskan pendapatan kasar isi rumah serta had kelayakan mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

“Kerajaan sedang meneliti kaedah pengukuran yang lebih sesuai bagi menentukan kumpulan sasar termasuk penggunaan kaedah pendapatan boleh guna. Langkah ini memerlukan masa dan penelitian lanjut sebelum dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, ” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan, pemberian bantuan sedia ada termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat masih menggunakan kelayakan pendapatan kasar isi rumah.

Melalui Belanjawan 2026, kira-kira 9 juta penerima menerima manfaat STR dan SARA dengan jumlah keseluruhan RM15 bilion, manakala bantuan JKM merangkumi lebih 560 ribu isi rumah.

Penambahbaikan pengelasan kumpulan sasar dijangka terus diperkukuh dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13.

Hey there! Ask me anything!