Kesinambungan GRS buka laluan rundingan isu 40 peratus hasil Sabah

KUALA LUMPUR 3 Disember – Kesinambungan pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan rundingan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam, Dr Azman Ayob berkata, tuntutan itu dianggap munasabah kerana hasil bumi negeri wajar dipulangkan demi pembangunan seimbang di Sabah.

“Pada saya masih lagi boleh dibincangkan di antara kerajaan Persekutuan. Perbincangan itu sangat diperlukan dalam usaha ini untuk menetapkan berapa banyak peratusan yang perlu diberi balik kepada negeri Sabah. Tapi yang kita tahu, yang kerajaan Sabah minta adalah 40 peratus,” katanya.

Beliau menegaskan, bahawa Malaysia beroperasi di bawah sistem persekutuan, sekali gus menuntut agihan sumber yang adil dan tidak menjejaskan pembangunan negeri lain.

Mengulas manifesto GRS menjelang PRN Sabah ke-17, Dr Azman percaya bahawa dasar-dasar yang dikemukakan kerajaan negeri akan dikekalkan sepanjang tempoh pemerintahan lima tahun sekiranya terus diberi mandat, dengan kemungkinan beberapa penambahan diumum dari semasa ke semasa.

Setiap janji manifesto harus ditunaikan kerana ia merupakan komitmen kerajaan kepada rakyat dan menjadi penentu utama kesinambungan sokongan politik terhadap pentadbiran sedia ada.

Hey there! Ask me anything!