Kilang baharu Batu Berendam hidupkan rezeki peniaga sekitar

BATU BERENDAM, 29 November – Perkembangan pesat sektor perindustrian di Batu Berendam, Melaka membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus merancakkan pendapatan peniaga makanan di kawasan sekitarnya.

Penambahan sebuah kilang baharu di kawasan perindustrian itu nyata memberi limpahan rezeki kepada para peniaga di medan selera berhampiran, yang melihat peningkatan pelanggan sejak operasi projek tersebut bermula.

Menerusi tinjauan RTM, kebanyakan peniaga meluahkan rasa syukur kerana kewujudan kilang baharu itu membantu menambah hasil harian mereka.

Menurut Muhamad Faizal Abdul Rahim, jumlah pelanggan pada waktu puncak terutama waktu makan tengah hari menunjukkan peningkatan ketara.

“Bila pembangunan depan ni bertambah, pekerja pun makin ramai. Jadi ‘sale’ kami pun naik. Memang jelas ada peningkatan,” katanya.

2911 MLK REAX MANFAAT KILANGPeniaga, Muhamad Faizal Abdul Rahim

Bagi peniaga nasi campur, Nina Hariani Mohd Khalid, tempoh pembinaan sebelum ini turut membawa limpahan pelanggan ke gerainya.

“Masa pembinaan tengah giat berjalan, memang ramai sangat pelanggan. Harapan saya untuk akan datang, biarlah lagi ramai datang makan di sini sebab pilihan makanan pun banyak,” katanya.

2911 MLK REAX MANFAAT KILANG12Peniaga, Nina Hariani Mohd Khalid

Sementara itu, peniaga nasi ayam, Muhammad Darim Selamat berkata, turun naik jumlah pelanggan adalah perkara biasa dalam perniagaan.

“Tapi masa ada pembinaan dulu, Alhamdulillah rezeki bertambah. Sekarang pun, Insya-Allah kalau ada kontraktor berdekatan, mungkin bertambah lagi. Apa pun, pelanggan sentiasa ada,” ujarnya yakin.

2911 MLK REAX MANFAAT KILANG365Peniaga, Muhammad Darim Selamat

Secara keseluruhan, kewujudan kilang baharu itu menjadi pemangkin ekonomi kecil setempat sekali gus memberikan sinergi positif antara pembangunan industri dan peniaga tempatan.

Hey there! Ask me anything!