KKR zahir takziah, ingatkan orang awam patuhi penutupan jalan di Hulu Terengganu

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kementerian Kerja Raya (KKR) menzahirkan dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan maut di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Hulu Terengganu, selepas sebuah kenderaan terjatuh ke kawasan jalan runtuh pada Jumaat.

Laporan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu mendapati kenderaan tersebut memasuki laluan yang telah ditutup sepenuhnya, walaupun papan tanda amaran dan penghadang konkrit dipasang dengan jelas di lokasi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menerusi laman Facebook rasminya menyatakan laluan itu turut diwartakan ditutup mengikut Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KKR menegaskan kepentingan mematuhi arahan keselamatan dan penutupan jalan bagi mengelakkan tragedi berulang.

Dalam perkembangan berkaitan, projek pembinaan jambatan baharu bernilai RM36 juta di laluan FT036 sedang dalam proses perolehan dan Surat Setuju Terima dijangka dikeluarkan pada suku akhir 2025.

Hey there! Ask me anything!