KPRJ diseru manfaatkan potensi JS-SEZ perkukuh jaringan antarabangsa

ISKANDAR PUTERI, 17 November – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) disaran memanfaatkan sepenuhnya potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai pintu peluasan jaringan antarabangsa, sekali gus menarik pelaburan strategik jangka panjang demi kelangsungan ekonomi negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, KPRJ kini berada pada landasan kukuh dalam ekosistem ekonomi negeri dengan rekod aset bersih RM2.3 bilion dan kadar pertumbuhan pendapatan 25.5 peratus.

“Projek pertama membina jalan-jalan kampung di negeri Johor sepanjang 1,732 kilometer pada 1995, kemudian membina dan membaik pulih masjid… dalam tempoh tiga dekad penubuhannya, KPRJ berkembang sebagai sebuah entiti korporat yang terus membangun, memimpin dan memberi impak signifikan kepada komuniti, khususnya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-30 KPRJ di Iskandar Puteri, Johor, yang disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Hey there! Ask me anything!