KPT jamin keperluan universiti di Sabah, Sarawak terus diberi keutamaan

KOTA KINABALU, 23 November -Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa pelbagai keperluan universiti di Sabah dan Sarawak terus diberi perhatian.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPT memberi jaminan keutamaan berterusan untuk keperluan universiti di Sabah dan Sarawak.
  • 21 projek RM1.014 bilion diluluskan di bawah RMK13 untuk penaiktarafan institusi pendidikan tinggi.
  • Perhatian khusus diberikan kepada pembaikan infrastruktur dan kemudahan asrama bagi pelajar pedalaman.
  • Fakulti Undang‑Undang UMS diluluskan untuk memperkukuh pembangunan modal insan profesional di Sabah.

Ini termasuk penambahbaikan infrastruktur, kemudahan asrama serta penyediaan projek baharu bawah peruntukkan Belanjawan 2026.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebanyak 21 projek bernilai RM1.014 bilion diluluskan bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) termasuk projek penaiktarafan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), UiTM, politeknik dan kolej komuniti.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita memberi keutamaan kepada aspek-aspek yang lebih strategik, lebih penting, lebih asas kepada keluarga rakyat. Dan begini juga dalam konteks kesihatan. Dan untuk di Sabah ini, kita telah pun meluluskan,ada untuk tahun depan, ada sebanyak 21 projek dengan peruntukan RM1.014 bilion semuanya. Dan ini akan kita lakukan bawah RM13. Jadi, ini masuklah projek, berbagai projek, dan termasuk untuk kita lihat UMS, UITM yang ada di sini, dan juga polytechnic, serta college community,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Santai Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Media, di sini, semalam.

KPT turut memberi perhatian terhadap keperluan asrama di kolej komuniti Sabah dan Sarawak memandangkan ramai pelajar datang dari kawasan pedalaman dan terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk mengikuti pengajian.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kabinet meluluskan penubuhan Fakulti Undang-Undang UMS, selepas KPT mengenal pasti keperluan memperkukuh pembangunan modal insan profesional di Sabah.

Katanya, isu berkaitan kelulusan badan profesional juga diperhalusi bagi memastikan fakulti berkenaan mampu beroperasi mengikut standard nasional.

“Kita telah memberikan ruang kepada UMS kalau mereka boleh buat dengan segera, silakan. Maksudnya tidak ada tempoh waktu dan kita harap mereka dapat segerakan kerana sekarang program sudah berjalan, bagi pendaftaran baru sudah berjalan mungkin, untuk pada sesi pendaftaran akan datang. So they need to prepare also. I think it may take about one year six months or eight months from now,” katanya.

Hey there! Ask me anything!