Lawatan PM ke Afrika guna pesawat sewaan, kos terkawal

PUTRAJAYA, 17 November – Kerajaan akan menanggung kos penerbangan dan penginapan bagi delegasi rasmi kerajaan yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri ke tiga negara di Benua Afrika bermula esok.

Bagaimanapun, delegasi perniagaan yang turut serta akan menanggung perbelanjaan masing-masing.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata lawatan itu akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines (MAS) kerana ia lebih menjimatkan masa dan kos berbanding pesawat kerajaan.

“Kenapa kita menggunakan pesawat sewaan khas ini? Ia menjimatkan masa sebab seperti mana yang saya maklumkan tadi, jadual padat di ketiga-tiga negara ini tanpa henti.

“Dengan menggunakan pesawat khas, ia memakan masa hanya 9 jam lebih untuk ke Afrika. Dan saya katakan seperti mana tadi, kos ini juga terkawal. Kos menyewa pesawat khas ini lebih ekonomi berbanding operasi penuh pesawat kerajaan.

Penyelarasan delegasi kerajaan dan perniagaan yang berlepas dan tiba pada waktu yang sama turut mempermudahkan perancangan di ketiga-tiga lokasi tersebut.” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Hey there! Ask me anything!