Limpahan ikan : Musim tengkujuh buka ‘pintu rezeki’ penduduk kampung

KUALA TERENGGANU, 29 November – Lazimnya musim tengkujuh dikaitkan dengan hujan lebat dan banjir, namun bagi sebahagian penduduk kampung di Terengganu, keadaan itu turut membuka peluang rezeki apabila ikan sungai dan muara mudah diperoleh ketika paras air meningkat.

Tinjauan di Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu mendapati limpahan air sungai sejak semalam dimanfaatkan penduduk sekitar untuk memburu ikan darat di kawasan tali air dan sungai yang bertahan air.

Seawal pagi, penduduk setempat turun ke kawasan yang menjadi tumpuan ikan baung dan keli, yang lebih mudah ditangkap ketika banjir kecil berlaku. Rata-rata mereka mampu memperoleh lima hingga 10 kilogram ikan sehari bergantung kepada keadaan cuaca.

Bagi penduduk, situasi itu dianggap sebagai ‘pintu rezeki’ yang membantu menampung pendapatan harian, terutama ketika musim tengkujuh yang dijangka berlarutan sehingga awal tahun depan.

Rozita Mat Ali, salah seorang penduduk kampung, berkongsi pengalaman lucunya ketika menemui ikan yang hanyut ke kawasan rumah.

“Pagi tadi dalam 9.30 pagi saya tengok gelombang air tu… ingat ular, tapi warna merah jambu. Panggil suami, rupanya betul ikan. Lepas tu panggil jiran sebelah,” katanya.

2911 KT IKAN TENGKUJUH12Penduduk, Rozita Mat Ali

Seorang lagi penduduk, Mohd Syakir Abdullah, berkata peluang mendapatkan ikan bersaiz besar hari ini benar-benar mengujakan.

“Saya rasa suka hari ni… biasa ngail saja. Hari ni dapat lima ekor, besar-besar pula tu. Memang seronok,” katanya.

2911 KT IKAN TENGKUJUH1234Penduduk, Mohd Syakir Abdullah

Sebahagian ikan yang diperoleh bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, malah dijual kepada jiran tetangga bagi menambah pendapatan keluarga.

Jusoh Mat Zin, turut memanfaatkan hasil tangkapan hariannya.“Kalau ada lebih, saya jual juga, kalau ada orang nak,” katanya.

Walaupun musim tengkujuh sering membawa cabaran, bagi penduduk Kampung Baru Serada, inilah waktu terbaik untuk memburu hasil sungai yang memberi manfaat ekonomi kepada keluarga mereka.

2911 KT IKAN TENGKUJUH123456Penduduk, Jusoh Mat Zin

Hey there! Ask me anything!