‘LINDUNG 24’ – PERKESO sedia tampung permintaan rehabilitasi

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Kementerian Sumber Manusia yakin pelaksanaan skim Lindung 24 jam berupaya menampung permintaan perkhidmatan rehabilitasi PERKESO.

Menterinya, Steven Sim ketika memaklumkan ke pengetahuan Sidang Dewan Rakyat berkata setakat ini, kapasiti maksimum pesakit yang boleh diterima di semua pusat rehabilitasi PERKESO mencecah 1,630 individu.

“PERKESO juga mengoperasikan empat Pusat Satelit Rehabilitasi masing-masing di Shah Alam, Selangor, Tanjung Pelepas, Johor, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kuala Lumpur.

“Dan bagi memastikan tiada pencarum tercicir mendapatkan rawatan, 261 panel Pusat Rehab PERKESO di seluruh negara turut disediakan,”katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lee Chuan How.

Hey there! Ask me anything!