Malaysia bimbang isu kestabilan di Afghanistan, Pakistan

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap isu kestabilan di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, bagi bertukar pandangan berhubung beberapa perkara berkaitan hubungan dua hala.

“Mengenai perkembangan di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan, saya menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap kestabilan rantau tersebut.

“.. dan berharap agar semua pihak dapat mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan saluran diplomasi demi mengelakkan ketegangan yang berpanjangan,” menurut hantaran itu.

Dalam perbualan itu, Perdana Menteri turut berkongsi maklumat mengenai situasi banjir yang melanda negara serta bencana sama yang dihadapi Indonesia dan Thailand.

Hey there! Ask me anything!