Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama dua hala

SINGAPURA, 04 Disember – Kerjasama Malaysia Singapura akan terus diperkukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fokus kini tidak hanya tertumpu kepada hubungan diplomatik semata-mata tetapi perlu diperluas mencakupi bidang ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

“Kita sudah tentu mempunyai hubungan yang unik. Kita boleh bertanya soalan tentang apa juga masalah pada masa lalu, atau kita boleh memilih untuk memastikan bahawa hubungan unik ini akan menguntungkan.

“Dan akhirnya mengukuhkan bukan sahaja hubungan diplomatik, tetapi lebih-lebih lagi ekonomi, perdagangan, budaya dan pendidikan, kerana anda telah menunjukkan muhibah dari segi menghantar guru sukarelawan ke Malaysia,” katanya pada Sidang Media Bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong Shyun Tsai bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.

Lawatan kerja sehari itu dijangka mampu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia Singapura selain membincangkan pelbagai isu di antara kedua negara.

Hey there! Ask me anything!