SEREMBAN, 19 November – Negeri Sembilan kini berdepan peningkatan jumlah taburan hujan susulan Monsun Timur Laut yang bermula sejak awal November lalu.
- Peningkatan taburan hujan sejak awal November akibat Monsun Timur Laut memerlukan kesiapsiagaan tinggi.
- Kawasan berisiko banjir dikenal pasti memerlukan pemantauan rapi oleh pihak berkuasa.
- Semua agensi diarahkan memastikan persiapan monsun berada pada tahap optimum.
- Pemantauan berterusan dan kerjasama semua pihak penting untuk menangani situasi secara berkesan.
- Maklumat dan tindakan diselaraskan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan di Wisma Negeri.
Situasi itu menuntut tahap kesiapsiagaan yang tinggi daripada semua pihak memandangkan beberapa kawasan dikenal pasti berisiko menerima hujan berterusan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan ini menunjukkan keperluan kepada pemantauan rapi, khususnya di kawasan berisiko banjir.
Beliau berkata semua agensi berkaitan telah diarahkan memastikan persiapan menghadapi monsun berada pada tahap optimum.
“Menghadapi hujan Monsun Timur Laut yang bermula sejak awal November ini, kita sedia maklum bahawa purata hujan Negeri Sembilan adalah antara 1,800mm hingga 1,900mm setahun, dan purata yang kita terima setakat hari ini ialah 1,190mm (setakat 18 November),” katanya.
Aminuddin menegaskan, pemantauan berterusan serta kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan setiap situasi dapat ditangani dengan berkesan sepanjang musim monsun.
Beliau berkata demikian seusai Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) di Wisma Negeri, Negeri Sembilan.