PBAPP tawar pekerjaan kepada pelatih PUSPEN, peluang kedua

GEORGE TOWN, 8 Disember– Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menawarkan peluang pekerjaan kepada pelatih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik(PUSPEN) di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Perai Selatan.

Pelatih yang memiliki kemahiran dalam bidang teknikal melibatkan pemasangan paip, kimpalan dan berkaitan air bakal diserap menjadi kakitangan tetap.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. K.Pathmanathan berkata langkah itu memberi peluang kepada pelatih yang tersilap memilih jalan sewaktu usia muda.

“Kita akan adakan satu lagi program bersama PUSPEN di Kampung Selamat. Di sana, terdapat kira-kira 320 orang klien atau pelatih. Dari pihak PBAPP, kami telah maklumkan kepada Pengarah di PUSPEN bahawa jika ada mana-mana pelatih yang mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja paip, kimpalan atau bidang berkaitan air, kami bersedia untuk menerima mereka sebagai pekerja.

Ini juga sebagai peluang kedua untuk mereka membina masa depan yang lebih baik,” kata Datuk Ir. K.Pathmanathan kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Pendekatan PBAPP itu dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pelatih PUSPEN, sekali gus menjadi langkah strategik dalam menyokong proses pemulihan mereka secara menyeluruh untuk jangka panjang.

Hey there! Ask me anything!