KUALA LUMPUR, 3 Disember – Usaha pencarian pesawat MH370 kembali digerakkan apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan operasi pencarian laut dalam akan disambung semula pada 30 Disember 2025.
Dalam satu kenyataan hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa syarikat Ocean Infinity telah mengesahkan penyambungan operasi dasar laut itu, yang akan berlangsung selama 55 hari dan dijalankan secara berperingkat.
Pencarian difokuskan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menemukan serpihan pesawat.
“Operasi terbaharu ini dijalankan mengikut perjanjian perkhidmatan yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025.
“Kerajaan menegaskan bahawa perkembangan ini membuktikan komitmen berterusan untuk memberikan penutupan dan kepastian kepada keluarga mangsa tragedi MH370, ” menurut kenyataan itu.