Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Ayer Keroh

AYER KEROH, 6 Disember – Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak–Ayer Keroh, kawasan Taman Delima Raya, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Dalam kejadian sama, seorang pemandu kereta jenis berusia 19 tahun hanya mengalami kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah pokok tumbang sebelum melakukan pembersihan bagi memastikan laluan kembali selamat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Hey there! Ask me anything!