Perdana Menteri tunai solat Jumaat di Masjid Al-Nour, Hamburg

HAMBURG, 15 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Hamburg, Jerman menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Nour, Hamburg.

Ketibaan beliau disambut oleh Imam Masjid, Imam Samer Al Rajab.

Sempena Ramadan, Perdana Menteri turut menyumbangkan sebanyak 11 naskhah al-Quran kepada komuniti  masjid.

Ia termasuk sebuah naskhah cetakan khas dan 10 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris.

Lawatan rasmi enam hari Anwar ke Jerman dijadualkan tamat pada hari ini dan beliau akan kembali ke tanah air pada hari sama.

Hey there! Ask me anything!