Perhimpunan PT 2025: Kenaikan gred dan kebajikan penjawat awam jadi tumpuan

SEREMBAN, 24 November – Majlis Perhimpunan Pembantu Tadbir Negeri Sembilan 2025 berlangsung dengan tumpuan utama terhadap isu kenaikan gred dalam kalangan penjawat awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus utama perhimpunan: tuntutan kenaikan gred dalam kalangan pembantu tadbir dan kumpulan pelaksana.
  • CUEPACS tekankan penetapan gred minimum melalui semakan SSPA bagi memastikan keadilan gred.
  • Perjuangan berterusan untuk menaikkan gred sedia ada, termasuk usaha khusus terhadap gred 19.
  • Majlis jadi platform luahan rasa dan penegasan kepentingan kebajikan penjawat awam dalam pentadbiran negara.

Majlis itu turut menjadi platform untuk menyuarakan harapan dan tuntutan pembantu tadbir agar proses penambahbaikan skim perkhidmatan dijalankan secara menyeluruh.

Menurut Presiden CUEPACS Dato’ Dr. Haji Adnan Mat, pihaknya konsisten memperjuangkan penetapan gred minimum perkhidmatan melalui semakan SSPA, khususnya bagi kumpulan pelaksana.

Beliau berkata perjuangan menaikkan gred sedia ada, termasuk gred 19, masih diteruskan bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terpelihara.

“Kami telah memperjuangkan melalui SSPA supaya gred yang paling rendah juga ditetapkan kepada gred 19. Kami telah berjaya mendapatkan gred 19 sebagai gred paling rendah, namun usaha untuk meningkatkan gred 19 asal masih diteruskan,” kata Dato’ Dr. Adnan.

Dato’ Dr. Adnan menegaskan bahawa CUEPACS akan terus memperjuangkan kenaikan gred bagi pembantu tadbir dan kumpulan pelaksana selaras dengan beban tugas serta peranan besar mereka dalam sistem pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Pembantu Tadbir Gred 1 ke Gred 5, Luahan Rasa, Pujuk Jiwa PT Terasa di Klana Resort, Seremban.

Hey there! Ask me anything!