JOHOR BAHRU, 26 November – Perkembangan perindustrian Johor pada masa kini, membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda, seterusnya mendorong mereka untuk bekerja dalam negeri.
- Perkembangan industri Johor membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda dalam negeri.
- Sektor perkilangan dan pusat data dikenalpasti sebagai bidang berpotensi tinggi.
- Gaji lumayan dan setimpal penting untuk menghalang aliran pekerja ke Singapura.
- Komitmen majikan serta perlindungan hak dan kebajikan pekerja perlu diberi keutamaan.
- Tawaran elaun dan pembelaan hak meningkatkan minat golongan muda bekerja di Johor.
Antara sektor yang bersesuaian dan berpotensi adalah perkilangan serta pusat data.
Bagaimanapun, tawaran gaji lumayan dan setimpal memainkan peranan memastikan golongan ini, tidak memilih Singapura sebagai destinasi pekerjaan mereka, selain komitmen majikan, hak dan kebajikan para pekerja, diutamakan.
“Rakyat Johor bekerja, dapat peluang bekerja lebih, tidak perlu hendak masuk Singapura bekerja, sebab kita boleh, macam saya meniaga dekat sini, saya boleh bagi saya punya pekerja, pendapatan yang sama seperti di Singapura”, ujar pengusaha bengkel, Mohd Johari Tuan Man.
“Insya-Allah menjamin, kalau semakin bertambah, pastinya kita hendak gaji yang setimpal dengan kerja kita, dengan apa yang syarikat tawarkan, gaji setimpal itu sesuai dengan kos kehidupan zaman sekarang”, kata pekerja swasta Nurfaezah Abdullah.
“Bagi saya kilang di Johor ini boleh bagi peluang, tetapi gaji perlu setimpal, ada banyak elaun, jaga hak pekerja. Barulah golongan muda suka bekerja di Johor dan dia tidak lari tempat lain”, kata mekanik, Syawal Sabar.

