Persiapan hadapi Monsun Timur Laut, dipertingkat

PUTRAJAYA, 5 Disember – Masyarakat diingatkan membuat persediaan awal serta berwaspada menghadapi Monsun Timur Laut, (MTL), susulan amaran hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga 8 Disember ini melibatkan beberapa negeri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI memberitahu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah memberi taklimat mengenai kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). 

“Orang ramai diingatkan untuk mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian bagi menghadapi MTL, terutama dalam beberapa hari akan datang,”katanya.

Rabu lepas, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 8 Disember ini.

Hey there! Ask me anything!