PH Sabah lancar manifesto PRN Sabah, tumpu tujuh agenda

KOTA KINABALU, 23 November – Pakatan Harapan (PH) Sabah melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, menumpukan kepada perkara asas tetapi dilaksana melalui pendekatan lebih berani dan radikal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menumpukan kepada perkara asas dilaksanakan secara berani dan radikal untuk kemajuan Sabah.
  • Menyusun 10 keutamaan dibiayai melalui pemulangan 40% hasil negeri untuk infrastruktur dan kebajikan.
  • Tujuh agenda pentadbiran termasuk hak Sabah, akauntabiliti, integriti dan reformasi pentadbiran.
  • Memperkasakan belia, wanita, dan memacu industri bernilai tinggi untuk menjadikan Sabah pemain serantau.

Manifesto bertemakan “Komitmen Pakatan Harapan Sabah” itu mengandungi senarai keutamaan dengan tujuh agenda untuk memastikan rakyat Sabah menikmati kemajuan sewajarnya.

Pelancaran manifesto disempurnakan bersama-sama oleh Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi Amanah Sabah, Datuk Lahirul Latigu.

”PH Sabah tidak menjanjikan bulan dan bintang, kita sangat praktikal. Komitmen ini adalah berasaskan aspirasi sebenar Sabah yang mahu merasai kemajuan yang sepatutnya mereka nikmati,” katanya.

Senarai keutamaan manifesto itu mengandungi 10 perkara yang akan didanai oleh pemulangan 40% hasil Sabah.

“Komitmen itu diterjemahkan melalui penyusunan 10 keutamaan, termasuk keperluan menyelesaikan masalah infrastruktur air, jalan dan elektrik yang berlarutan, selain menambah baik pendidikan, kebajikan rakyat dan memacu ekonomi negeri,” menurut Datuk Mustapha.

Manifesto itu turut mengandungi tujuh agenda sebagai prinsip panduan pentadbiran bagi tempoh lima tahun akan datang.

Antaranya, memastikan hak Sabah tidak dikompromi, memperkukuh akauntabiliti serta integriti dan melakukan reformasi pentadbiran.

Agenda lain adalah menjadikan anak muda sebagai aset negeri, memacu industri bernilai tinggi, memperkasakan wanita dan mengangkat Sabah sebagai pemain serantau berpengaruh.

Datuk Mustapha berkata, manifesto yang dibentangkan ini adalah dinamik dan terbuka kepada penambahbaikan, selain menggalakkan orang ramai meneliti dokumen penuh secara dalam talian.

Hey there! Ask me anything!