PM mulakan lawatan rasmi ke benua Afrika esok

PUTRAJAYA, 17 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan rasmi ke Benua Afrika esok (18 November) hingga 24 November depan;  merangkumi tiga buah negara iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri,  Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan tersebut turut bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan selain meneroka serta mempelbagai pasaran baru di rantau berkenaan.

“Kerajaan MADANI menaruh harapan yang tinggi agar rangkaian pertemuan di Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya ini akan memperkasa persahabatan, memacu perdagangan dan membuka limpahan peluang baharu demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Perdana Menteri turut memohon doa dan sokongan semua rakyat Malaysia agar segala perbincangan dan tumpuan yang akan berlangsung di tiga negara ini dipermudah dan setiap hasilnya kelak akan dapat membawa manfaat langsung yang mampu dirasai semua lapisan masyarakat,” katanya.

Tambah Yunku Nashrul, lawatan rasmi kali ini juga akan turut disertai oleh delegasi perniagaan termasuk syarikat korparat kerajaan serta perusahaan inovatif Malaysia.

Kehadiran mereka juga membolehkan padanan segera antara keperluan pasaran tempatan di benua afrika serta syarikat tempatan Malaysia.

Manakala pemilihan delegasi perniagaan ditentukan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai kementerian bertanggungjawab dalam hal ehwal pelaburan, perdagangan dan Industri.

Sementara itu, lawatan kerja dan rasmi tersebut dijangka akan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai sektor strategik antara Malaysia- Afrika.

Lawatan rasmi Perdana Menteri itu akan bermula di Addis Ababa, Ethiopia dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Taye Atske Selassie Kedua dua pemimpin tersebut akan menghadiri Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Malaysia–Ethiopia sebelum beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali, bagi membincangkan  kerjasama strategik dua hala, serta menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU).

Manakala di Afrika Selatan, Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 2025.

Kehadiran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dijangka memainkan peranan dalam menyuarakan suara ASEAN dan  dalam isu-isu berkepentingan.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menyertai forum perniagaan bersama pemain industri negara itu, serta berdialog dengan komuniti Islam setempat

Lawatan beliau diakhiri di Nairobi, Kenya dengan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden William Samoei Ruto, diikuti mesyuarat dua hala dan pertukaran MoU antara kedua-dua negara.

Datuk Seri Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Malaysia–Africa Higher Education Forum (MAHEF 2025), serta menghadiri Forum Perniagaan Malaysia–Kenya.

1711 SGR AMIRUDIN SMART SEWASetiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri,  Tunku Nashrul Abaidah

Hey there! Ask me anything!