PM tiba di tanah air, Misi Diplomasi MADANI beri hasil signifikan

KUALA LUMPUR, 25 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia tiba di tanah air pada pukul 9.15 pagi tadi selepas selesai siri lawatan ke tiga negara di benua Afrika.

RINGKASAN BERITA AI
  • Misi Diplomasi MADANI ke Afrika berjaya mencapai hasil signifikan, mengukuhkan hubungan dua hala.
  • Lawatan membuka peluang baharu dan memperluas kerjasama strategik untuk manfaat bersama.
  • Semua komitmen dan persetujuan perlu diterjemah ke dasar dan tindakan demi kesejahteraan rakyat.
  • Lawatan tujuh hari melibatkan Ethiopia, Afrika Selatan (Sidang Pemimpin G20) dan Kenya.

Beliau dalam hantaran di facebook berkata, Misi Diplomasi MADANI ke benua Afrika kali ini membuahkan hasil signifikan, mengukuhkan hubungan, membuka peluang baharu serta memperluas jajaran kerjasama strategik demi manfaat Bersama.

Beliau berkata kini tiba masanya untuk menterjemahkan setiap komitmen dan persetujuan ini kepada dasar serta tindakan yang membawa kesejahteraan nyata kepada rakyat dan negara.

Datuk Seri Anwar dan delegasi Malaysia mengadakan siri lawatan tujuh hari bermula di Ethiopia pada 18 November, diikuti Afrika Selatan dari 20 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, sebelum berakhir di Kenya pada 23 hingga 24 November.

Hey there! Ask me anything!