KOTA KINABALU, 6 Disember – Kerajaan Persekutuan meningkatkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi mempercepatkan pembayaran tertunggak, khususnya kepada peniaga kecil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyentuh isu pembayaran tertangguh yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga yang menunaikan kewajipan mengikut jadual.
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tetap komited melaksanakan tuntutan pemberian hasil 40 peratus kepada Sabah seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Bagi saya ini hebatnya Kerajaan MADANI. Selalunya selepas pilihan raya kita cuti sekejap. Tapi tak ada, sebab saya tidak mahu ada andaian bahawa budaya politik itu budaya politik yang menjanji-janji tapi tidak laksanakan,” katanya.