PPS Sekolah Kebangsaan Arau dibuka

RINGKASAN BERITA AI
  • PPS dibuka di Dewan SK Arau petang tadi untuk menempatkan mangsa banjir dari kawasan sekitar.
  • 10 keluarga melibatkan 36 penduduk dialihkan, termasuk kanak-kanak, bayi, warga emas dan seorang OKU.
  • Pengarah JKM menyatakan mangsa datang dari Kampung Titi Besi dan Kampung Kebun.
  • Keadaan banjir tidak berubah; agensi bencana terus memantau sementara MET Malaysia ramal hujan hingga esok.

ARAU, 26 September- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau kira-kira pukul 4.45 petang tadi susulan banjir yang berlaku di sekitar Arau.

PPS berkenaan menempatkan 10 buah keluarga melibatkan 36 penduduk terjejas banjir iaitu tujuh lelaki dewasa, wanita dewasa (11), warga emas (3), kanak-kanak (13), bayi (1) dan seorang orang kurang upaya (OKU).

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Ku Chik Ku Mat Esa, “penduduk terjejas banjir di PPS itu merupakan penduduk dari Kampung Titi Besi dan Kampung Kebun.”

Keadaan banjir di kawasan itu tidak menunjukkan perubahan dan dijangkakan masih ada lagi penduduk terjejas yang akan dipindahkan ke PPS Dewan SK Arau.

Bagaimanapun agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana terus memantau keadaan seluruh Perlis dimana Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan akan turun sehingga esok.

(PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Arau)

Hey there! Ask me anything!