Program latihan keusahawanan komprehensif perkasa masyarakat Orang Asli

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus mempergiat program latihan keusahawanan yang komprehensif bagi memperkasa masyarakat Orang Asli.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang memaklumkan strategi pelaksanaan latihan tertumpu kepada empat teras utama berasaskan potensi ekonomi tempatan merangkumi sektor ekopelancongan, kraftangan, pertanian moden serta teknologi digital.

“Ketika ini, 87 usahawan Orang Asli telah dilatih dalam bidang ekopelancongan bagi tempoh 2022 hingga 2024.

“Daripada angka itu, 30 peserta menyertai kursus asas Inap Desa, 17 memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia tahap dua, Operasi Homestay, selebihnya mengikuti kursus pemandu pelancong dan pengendalian makanan.

“Turut dilaksana seminar keusahawanan dan koperasi Orang Asli yang diadakan setiap tahun,” katanya di Dewan Negara menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad yang ingin tahu inisiatif kerajaan dalam menyediakan latihan keusahawanan berasaskan potensi tempatan.

Hey there! Ask me anything!