PUTRAJAYA, 6 Disember– Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang memasuki hari kedua penganjurannya terus mencatatkan sambutan memberangsangkan, apabila
Tinjauan RTM di lokasi mendapati, ribuan pengunjung memenuhi setiap ruang pameran dan aktiviti keluarga yang disediakan.
Bagi pengunjung, penganjuran program berkenaan berjaya merapatkan jurang antara agensi kerajaan dan rakyat selain membantu meringankan beban kos sara hidup menerusi inisiatif Jualan Rahmah.
“Program Rancakkan MADANI ini sangat bagus kerana ia mendekatkan agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat. Jadi, orang ramai boleh tahu apa yang ditawarkan kerajaan, prestasi, peluang pekerjaan dan pelbagai inisiatif. Selain itu, banyak gerai perniagaan dan makanan yang membantu menjana ekonomi,” kata Syahirul.
“Program ini memberi peluang kepada rakyat mengenali program dan inisiatif yang kerajaan rancang. Menariknya bagi saya, anak-anak teruja nak lihat persembahan aset pertahanan secara ‘live’, sebelum ini hanya tengok di TV,” kata Nik Mat.
“Program ini sangat bagus dan dapat sambutan. Harga barang di Jualan Rahmah sangat murah dan membantu pendapatan rendah macam kami. Patut diadakan selalu, bukan hanya di Putrajaya. Maklumat lain pun lengkap, kesihatan, khidmat masyarakat, semuanya ada di satu lokasi. Memang memudahkan,” kata Khairul Azri Zainal Abidin.
Sementara itu, bagi golongan pelajar yang hadir, mereka menyifatkan program tersebut menjadi platform bagi mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat daripada reruai agensi kerajaan yang disediakan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Contohnya, reruai KKM. Banyak maklumat kesihatan yang kami boleh rujuk. Ia beri pengalaman yang berguna sebagai pelajar,” kata pelajar, Hannan Hafizah Khairul Anwar.
“Saya minat bidang perniagaan. Dengan adanya booth seperti SSM, saya terus boleh dapat maklumat tanpa perlu fikir panjang nak cari di mana. Sangat memudahkan,” kata pelajar, Nur Iffah Zulaikha Mohd Puad.
Program Rancakkan MADANI dijangka terus menarik kehadiran pengunjung sehingga hari penutupan dengan pelbagai pengisian yang dirancang bagi mendekatkan rakyat dengan kerajaan.
Program yang menyatukan dasar, pencapaian, dan inisiatif kerajaan di bawah satu bumbung itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran aset pertahanan, demonstrasi TVET, pesta buku dan karnival pelancongan.

