Program Rancakkan MADANI, wadah untuk rakyat

PUTRAJAYA, 5 Disember – Program Rancakkan MADANI merupakan kesinambungan tradisi pelaporan tahunan Kerajaan MADANI kepada rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menjadi wadah penting bagi menampilkan pencapaian, kemajuan dasar serta hasil reformasi Kerajaan MADANI secara telus sekaligus mudah difahami oleh rakyat.

“Tiga tahun yang sarat dengan cabaran dan perubahan ini telah menzahirkan komitmen yang konsisten, bahawa tekad Kerajaan MADANI tidak pernah berganjak, yakni untuk memacu reformasi, memperkukuh tatakelola yang baik dan memastikan setiap dasar serta inisiatif benar-benar membawa manfaat terus kepada rakyat,” katanya.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan Setiausaha Akhbar Kanan, Tunku Nashrul Abaidah di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat berpeluang menikmati pelbagai aktiviti termasuk perkhidmatan langsung kementerian serta agensi kerajaan, karnival kerjaya,pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah dan program STEM-AI; TVET yang dapat memanfaatkan rakyat.

Program Rancakkan MADANI berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dataran Putrajaya termasuk pelbagai inisiatif merentasi lapan segmen utama dihimpunkan bawah satu bumbung bagi memperlihatkan ekosistem dasar kerajaan secara holistik dan mudah diakses.

Ia termasuk Produk Rakyat MADANI hingga Belia MADANI, reformasi perkhidmatan awam, kesejahteraan rakyat, hubungan antarabangsa serta pengisian menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

Hey there! Ask me anything!