Pulau Pinang jalin kerjasama dengan dua stesen televisyen terkemuka Hong Kong

GEORGETOWN, 17 November – Pulau Pinang bakal menjalin kerjasama dengan dua stesen televisyen terkemuka di Hong Kong iaitu TVB dan View TV bagi memudahkan proses penggambaran di negeri tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pulau Pinang akan bekerjasama dengan dua stesen televisyen terkemuka Hong Kong, TVB dan View TV, untuk memudahkan penggambaran.
  • Kerjasama ini bertujuan mempromosi sektor pelancongan Pulau Mutiara secara tidak langsung melalui paparan media.
  • Kemudahan termasuk akses penutupan jalan dan penggunaan premis serta bangunan semasa sesi penggambaran disediakan.
  • Pinang Global Tourism sedia membantu syarikat perfileman mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, usaha itu secara tidak langsung mampu mempromosikan sektor pelancongan Pulau Mutiara itu.

Kemudahan yang bakal ditawarkan termasuk akses penutupan jalan dan penggunaan premis serta banggunan semasa sesi penggambaran.

“Pinang Global Tourism sedia membantu syarikat-syarikat perfileman tersebut untuk mendapatkan kelulusan sedemikian (daripada pihak berkuasa). Baru-baru ini, komunikasi kerajaan negeri (Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi) juga telah melawat ke Hong Kong. “

“Kita telah pergi berjumpa dengan dua stesen televisyen yang terkemuka di Hong Kong, iaitu TVB dan View TV, untuk berbincang supaya apabila stesen ini ataupun mereka ingin melakukan penggambaran di Pulau Pinang, kita boleh bersedia memberikan kemudahan dan sebagainya, ” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee berkenaan strategi merancakkan penggambaran syarikat perfileman luar negara ke Pulau Pinang dalam Persidangan DUN Pulau Pinang ke-15.

Hey there! Ask me anything!