Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor perkukuh perkhidmatan onkologi negeri

JOHOR BAHRU, 5 Disember -Pengoperasian Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor mampu memperkukuh ekosistem perubatan dalam negeri, khusus Onkologi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, pusat kanser bernilai RM500 juta itu mampu memuatkan 200 katil dan dilengkapi kemudahan pusat PET – CT serta perubatan nuklear, termasuk siklotron pertama di luar Lembah Klang.

Siklotron membolehkan pengeluaran radioisotop perubatan bagi pengimejan dan terapi kanser.

“Johor juga terkenal dengan pelancongan perubatan. Oleh itu dengan adanya pusat kanser ini, kita boleh juga boleh sebagai satu produk atau sebagai daya tarikan, kepada mereka untuk jalankan saringan, atatupun rawatan di Johor,” kata Ling Tian Soon.

Majlis pelancaran pusat berkenaan disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu acara rasmi yang berlangsung di sini.

Tarikh pelancaran hari ini dipilih, bersempena 10 tahun pemergian Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil kerana kanser hati, pada 2015.

Hey there! Ask me anything!