Ribut petir, hujan lebat dijangka landa empat negeri hingga 7 malam ini

PETALING JAYA, 7 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak sehingga 7.00 malam ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca tersebut dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor iaitu Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Port Dickson di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak melibatkan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang.

Turut terlibat beberapa kawasan di negeri Sabah iaitu pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Hey there! Ask me anything!