KUALA LUMPUR, 25 November – Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatannya, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Shamsul Iskandar umum peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
- Surat peletakan jawatan diserahkan kepada Perdana Menteri pagi ini.
- Beliau dakwa ada percubaan menyerang imej Kerajaan MADANI terhadap dirinya.
- Ucap terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan semasa berkhidmat.
Menerusi hantaran di platform X, beliau berkata surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” kata beliau.
Datuk Seri Shamsul Iskandar turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau memegang jawatan berkenaan.

