KUALA LUMPUR, 13 November – Siasatan semula kes kehilangan aktivis, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh dilaksana secara telus dan tiada campur tangan.
- Pasukan penyiasat khas diketuai pegawai berpangkat ASP dan diselia Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
- Laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara setiap dua bulan.
- Semakan semula merangkumi semua kertas siasatan, termasuk laporan Suhakam dan pasukan petugas khas terdahulu.
- Orang awam dengan maklumat baharu digalakkan tampil memberi keterangan kepada polis.
- Perkara ini dijawab dalam Dewan Rakyat susulan pertanyaan Ahli Parlimen Ledang mengenai langkah seterusnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika memberi jaminan itu turut memaklumkan, pasukan penyiasat khas telah dibentuk yang diketuai seorang pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner Polis, (ASP) dan disedia terus Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
“Laporan akan dikemukakan setiap dua bulan kepada Peguam Negara.
“Pasukan berkenaan akan meneliti semula semua kertas siasatan, termasuk laporan-laporan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) serta hasil siasatan pasukan petugas khas yang telah dilantik sebelum ini.
“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu turut disaran tampil memberi keterangan kepada pihak polis”, katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.
Jawapan merujuk pertanyaan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, yang meminta penjelasan mengenai langkah seterusnya berkaitan keputusan mahkamah dalam kes Amri Che Mat dan Paderi Koh.