Siasatan telus kes tembak dan kematian dalam tahanan, tanpa lindungi mana-mana pihak

CYBERJAYA, 5 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah menjalankan siasatan telus tanpa melindungi mana-mana pihak, berkaitan insiden tembakan di Melaka serta kes kematian dalam tahanan.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang aduan berkaitan tindakan yang bercanggah dengan prosedur tetap operasi perlu disiasat secara terbuka.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara meneruskan siasatan secara terus dan tidak melindungi sesiapa. Kita tidak melindungi penjenayah tetapi kita juga tidak melindungi tindakan-tindakan termasuk oleh polis, anggota polis yang bertentangan dengan proses negara hukum.

“Dalam tempoh yang dekat, saya minta Ketua Polis Negara menyampaikan laporan perinci terus terbuka profesional kepada Menteri Dalam Negeri,”katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Cyberjaya 10.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memaklumkan, PDRM tidak perlu menyiasat mana-mana individu yang mengkritiknya selagi tidak menyentuh aspek jenayah.

“Pihak polis tidak perlu mengambil tindakan terhadap pengkritik serta sebarang kritikan yang dilontarkan kepada dirinya yang bermotifkan politik semata-mata,”jelasnya.

Hey there! Ask me anything!