SINGAPURA, 04 Disember – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong Shyun Tsai meluahkan rasa gembira atas persetujuan Malaysia membenarkan konsulat negara itu ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, perkhidmatan konsulat tersebut dapat mempermudahkan urusan rakyat Singapura yang bekerja di negeri-negeri itu, sekaligus mengeratkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.
“Gembira kerana Malaysia secara rasmi bersetuju dengan cadangan Singapura untuk membuka konsulat di Sabah dan Sarawak.
Ini membolehkan Singapura menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Singapura di sana, eratkan hubungan yang sedia teguh antara rakyat kita.
“Lawrence menyampaikan perkara itu semasa sesi Sidang Media bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke 12, hari ini.
Antara isu lain yang dibincangkan termasuklah Zon Ekonomi Khas Singapura- Johor, persempadanan maritim, ruang udara, Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS Link), tenaga baharu dan kebudayaan.