SSM salur wakalah zakat korporat lebih RM390,000 kepada masjid, hospital di Kuantan

KUANTAN, 21 November – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyalurkan 390 ribu 550 ringgit Wakalah Zakat Korporat kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan komuniti di Kampung Sepat, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • SSM menyalurkan wakalah zakat korporat sebanyak RM390,550 kepada HTAA dan komuniti Kampung Sepat.
  • 22 peralatan perubatan bernilai RM199,700 diserahkan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan.
  • Untuk Masjid Kampung Sepat, diserahkan van jenazah RM128,500, mesin pengorek mini RM42,500 dan kontena RM14,850.
  • Sejak Jan–Okt, SSM mengagihkan lebih RM6.5 juta wakalah zakat kepada 11,131 penerima dan CSR lebih RM520,000 kepada 765 penerima.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu sebanyak 22 unit peralatan perubatan disalurkan kepada HTAA bernilai RM199,700.

Beliau berkata, menerusi projek Road to Jannah 3.0 pula, SSM menyerahkan sebuah van jenazah bernilai RM128,500 kepada Masjid Kampung Sepat.

Masjid itu turut menerima sebuah mesin pengorek mini bernilai RM42,500 dan sebuah kontena penyimpanan bernilai RM14,850 untuk melengkapkan urusan pengebumian.  

“Kesemua jumlah zakat wakalah yang diserahkan di dua tempat ini ialah RM390,550. Di hospital tadi kita menyerahkan 22 peralatan termasuk katil dan sebagainya. Dan di sini kita menyerahkan van jenazah untuk kegunaan kampung sepat dan juga sekitarlah,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis berkenaan.

Pada majlis sama, SSM juga menyalurkan 5 ribu ringgit bagi kos penyelengaraan dan pembaikan kecil di masjid berkenaan.

Sejak 1 Januari hingga 31 Oktober lalu, SSM telah mengagihkan dana wakalah zakat korporat berjumlah lebih RM6.5 juta kepada 11 ribu 131 penerima asnaf seluruh negara.

Dalam tempoh sama, SSM juga telah menyumbangkan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah lebih RM520,000 kepada 765 penerima.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.