
SERI ISKANDAR, 13 Julai– Seramai 108 calon yang mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2022.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Mohamad Fauzi Mahson berkata nilai tersebut telah meningkat kepada 3.16 peratus daripada jumlah calon STPM 2022 iaitu seramai 3,421 calon.
Menurutnya, keputusan STPM 2022 mencatat PNGK 2.75 peratus, meningkat 0.03 mata berbanding 2.78 peratus pada tahun sebelumnya.
“Sekolah yang mencatatkan jumlah pelajar paling ramai meraih PNGK 4.00 kali ini ialah dari Kinta Utara iaitu SMK Jalan Tasek, 12 orang.
Kemudian, diikuti SMK Menglembu, seramai 10 orang dan masih di Kinta Utara seramai tujuh orang, wakil dari SMK Sam Tet Ipoh,” kata Fauzi Mahson kepada pemberita dalam sidang media ketika pengumuman keputusan STPM 2022 di Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini.

(Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Mohamad Fauzi Mahson)
Calon mendapat lulus penuh lima dan empat mata pelajaran di Perak meningkat kepada 20 orang iaitu 3,357 calon berbanding 3,337 calon pada tahun 2021.
Di Perak, sebanyak 20 buah sekolah berjaya mencapai keputusan lulus 100 peratus bagi STPM 2022.

