JOHOR BAHRU, 22 November – Yang di Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda.
Satu hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, majlis mengadap berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
“Antara yang hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.
“Turut hadir, Speaker Dewan Negeri, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abdul Rahman dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani,” menurut hantaran tersebut.
- Sultan Ibrahim menerima mengadap Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor dan Ahli Mesyuarat Kerajaan sempena ulang tahun keputeraan.
- Majlis diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
- Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir dalam majlis tersebut.
- Turut hadir beberapa pegawai kanan termasuk Speaker Dewan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Johor.