Tabung Musa’adah JAKIM–YWM capai sasaran, urusan pulang Asmah Mansor dipercepat

KUALA LUMPUR, 17 November – Kutipan Tabung Musa’adah JAKIM–YWM bagi membantu membawa pulang jemaah haji negara, Asmah Mansor, telah mencapai jumlah sasaran dan ditutup serta-merta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tabung Musa’adah JAKIM–YWM mencapai jumlah sasaran dan ditutup serta-merta.
  • Sumbangan awam melebihi RM372,000 untuk membantu membawa pulang Asmah Mansor.
  • Baki kos akan ditanggung oleh agensi agama termasuk Lembaga Tabung Haji dan Majlis Agama.
  • TH diarahkan menguruskan proses pemulangan segera dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi dan Kedutaan Malaysia.
  • Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada penyumbang, memuji semangat perpaduan Malaysia MADANI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan lebih RM372,000 telah disumbangkan oleh orang ramai, manakala baki selebihnya akan ditampung oleh agensi agama di bawahnya, termasuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, TH diarahkan untuk mengurus segala proses berkaitan bagi membawa pulang jemaah tersebut secepat mungkin, mengikut prosedur serta dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi dan Kedutaan Malaysia di Riyadh.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh rakyat Malaysia, badan korporat, pertubuhan, serta para dermawan yang tampil menyumbang dalam tempoh yang singkat ini. Kesatuan serta sifat ihsan rakyat Malaysia telah menterjemahkan semangat perpaduan Malaysia MADANI.

“Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda dan Allah swt asbab dari mempermudah urusan semua rakyat Malaysia yang telah memudahkan usaha membawa pulang Jemaah Haji tahun 1446H yang terakhir yang masih berada di Hospital di Mekkah,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Hey there! Ask me anything!