GUANGZHOU, 15 November – Seramai 17 delegasi dari Malaysia merangkumi wakil media, doktor serta pakar perubatan pelancongan menyertai lawatan empat hari ke Modern Cancer Hospital di Guangzhou, China.
- Lawatan 17 delegasi Malaysia ke Modern Cancer Hospital Guangzhou untuk meninjau teknologi rawatan kanser terkini.
- Rawatan menggabungkan perubatan Barat moden, intervensi minima, terapi sokongan dan perubatan tradisional Cina.
- Hospital dilengkapi lebih 100 peralatan berskala besar menyokong rawatan kanser berketepatan tinggi.
Lawatan itu memberi pendedahan mengenai teknologi rawatan kanser terkini yang menggabungkan perubatan Barat moden, kaedah rawatan invasif minimum, terapi sokongan serta perubatan tradisional Cina.
Hospital berkenaan turut dilengkapi lebih 100 set peralatan perubatan berskala besar termasuk sistem angiografi digital, imbasan CT, ultrabunyi dan peralatan intervensi bagi menyokong rawatan kanser berketepatan tinggi untuk pesakit tempatan dan antarabangsa.
Delegasi turut meninjau pelbagai fasiliti serta menyaksikan prosedur pembedahan kecil yang dijalankan di pusat perubatan tersebut.
Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Cornelia Chin Siew Ling dan Pengarah Modern Cancer Hospital Guangzhou, Wang Huai Zhong.

