Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Program Ekonomi Lestari

KOTA DAMANSARA, 23 November – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menyantuni Program Ekonomi Lestari di tapak Jualan Barangan Terpakai Kota Damansara. 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad, serta Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Baginda kemudiannya berkenan dibawa meninjau pelbagai aktiviti komuniti termasuk pameran mewarna kanak-kanak dan menyantuni anak-anak di program tersebut, selain meninjau reruai barangan terpakai, produk usahawan wanita, makanan tempatan dan inisiatif hijau komuniti.

Para pengunjung juga turut berpeluang mengunjungi Galeri Tengku Permaisuri Selangor serta membeli koleksi baju Permaisuri.

Lawatan Baginda berlangsung kira-kira satu jam, diakhiri dengan sesi beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.

Hey there! Ask me anything!