TPM Fadillah dahului senarai penerima anugerah Sarawak sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri

KUCHING, 11 Oktober – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendahului senarai penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerima Darjah Utama Bintang Kenyalang (DA), bergelar Datuk Amar.
  • Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Richard Wee dianugerahkan P.N.B.S, membawa gelaran Datuk Seri.
  • Dr. Casidy Moris tersenarai antara sembilan penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S), bergelar Datu.
  • Seramai 25 individu menerima Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S), membawa gelaran Datuk.
  • Jumlah keseluruhan penerima anugerah kebesaran negeri ialah 1,372 individu sempena sambutan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Ahli Parlimen Petra Jaya dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Kemudian diikuti bekas Timbalan Menteri Persekutuan yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee Liang Huat @ Wee Liang Chiat yang menerima Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Datuk Seri .

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Dr. Casidy Moris pula antara sembilan penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu.

Sementara itu, 25 individu dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Datuk.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Seramai 1,372 individu tersenarai untuk menerima anugerah kebesaran negeri sempena sambutan itu.

Hey there! Ask me anything!