KUALA LUMPUR, 5 Disember – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Seri Bung Moktar Radin atas pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu.
Datuk Seri Fadillah menerusi hantaran Facebooknya menyatakan kesedihan atas pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.
“Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali.
“Dukacita atas kembalinya kerahmatullah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi 5 Disember 2026 (l14 Jamadilakhir 1447H).
Beliau turut mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaan Allah.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Al-Fatihah”, katanya.