Tragedi arus deras di Kajang: Operasi SAR dihenti sementara

KAJANG, 5 Disember – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama adiknya di Taman Prima Saujana, di sini dihentikan sementara pada pukul 12 tengah malam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata keputusan itu dibuat berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap serta arus sungai yang deras, selain menjaga keselamatan anggota pasukan SAR.

Katanya, setakat ini, seorang daripada mereka yang berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang selepas ditemukan pasukan SAR pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh.

0512 POLIS OP SAR LEMAS 2Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof/RTM

“Mangsa dijumpai pada pukul 7.47 petang, diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital. Dukacita saya maklumkan pukul 10 malam beliau disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Seramai 35 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam operasi tersebut.

Tiga pasukan pencarian dibentuk dengan radius lima kilometer sehingga ke muara Sungai Langat, menggunakan pelbagai kaedah termasuk meranduk air, dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM.

 

BERITA BERKAITAN:

Hey there! Ask me anything!