Tugas lanjutan sebagai menteri dan senator, Dr. Zambry janji teruskan agenda negara

PUTRAJAYA, 3 Disember – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan melanjutkan tugasnya sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan sebagai senator.

Beliau berkata, amanah itu akan digalas dengan penuh komitmen bagi meneruskan agenda memperkukuh sektor pendidikan tinggi negara.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana melanjutkan tugas saya sebagai seorang menteri dan juga sebagai seorang senator bagi meneruskan agenda yang telah digariskan.

“Saya menganggap ia satu tanggungjawab yang perlu saya teruskan berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi yang telah kita susun serta pelbagai inisiatif lain yang dirangka.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Festival Idea Putrajaya 2025 di sini, hari ini.

Hey there! Ask me anything!