KUANTAN, 5 Disember – Hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Pahang membabitkan daerah Kuantan.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 7.30 malam tadi, PPS Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas Vokasional Kuantan menempatkan tujuh individu terdiri daripada sebuah keluarga terjejas.
Jumlah itu berkurang berbanding 14 individu setakat pukul 4.30 petang tadi.