KULIM, 23 November – Tujuh kampung di Mukim Sungai Seluang dan Mukim Naga Lilit, terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Tujuh kampung di Mukim Sungai Seluang dan Mukim Naga Lilit terjejas banjir akibat hujan lebat berterusan.
- 225 penduduk daripada 66 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara bagi keselamatan.
- Pihak berkuasa melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keselamatan penduduk.
Setakat 9 pagi, 225 penduduk terjejas banjir daripada 66 keluarga telah ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara, (PPS).
Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah memaklumkan 186 penduduk daripada 54 keluarga di tempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, manakala 39 penduduk daripada 12 keluarga berada di PPS Surau KEDA Naga Lilit.
Pemantauan berterusan dilaksana pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk.

