‘Watertech Asia 2025’, tangani cabaran industri air negara

GELUGOR, 4 Disember – Penganjuran Forum WaterTech Asia 2025, berupaya menangani cabaran kritikal dalam industri air negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menyambut baik penganjuran forum berkenaan di wilayah utara berkata, platform itu membuka ruang kepada cadangan penggunaan teknologi inovatif yang memberi manfaat kepada syarikat-syarikat pengeluar air, industri berkaitan, kilang serta pengguna.

“Teknologi-teknologi yang dikemukakan termasuk penggunaan meter pintar , paip-paip yang lebih tahan lasak serta sistem yang boleh mengesan pembocoran untuk membolehkan tindakan pembaikan dijalankan dengan lebih segera.

“Penyelesaian seperti itu, adalah yang diperlukan pihak-pihak berkepentingan,”katanya selepas mengadakan sesi lawatan ke Pameran WaterTech Asia di sini, hari ini.

Pameran melibatkan lebih 100 peserta pameran dari negara luar seperti Indonesia, China, Kanada, Jerman, dan Korea Selatan.

Hey there! Ask me anything!