PRN Sabah: Kekalkan hubungan baik persekutuan dan negeri, selesaikan isu secara harmoni

KUALA LUMPUR, 21 November – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 amat signifikan dalam menentukan kelangsungan penyelesaian isu-isu yang dibangkitkan termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), infrastruktur dan jurang sosioekonomi di negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpaduan hubungan kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuh untuk menyelesaikan isu MA63, infrastruktur dan jurang sosioekonomi secara harmoni.
  • Pihak yang membentuk kerajaan negeri mesti memastikan rundingan berkesan dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah.
  • Integrasi antara kerajaan dan rakyat penting supaya pembangunan sampai kepada masyarakat dan selaras dengan keperluan negeri.

Ke arah itu, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Novel Lyndon berpandangan hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan negeri penting dalam memastikan isu-isu tersebut diselesaikan dengan baik dan harmoni.

“Bagaimana parti atau pihak yang membentuk kerajaan negeri nanti memastikan wujud hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan negeri? Hubungan ini membolehkan satu proses rundingan yang baik dijalankan dalam perkara berkaitan,” jelasnya.

Beliau ketika ditemui RTM berkata, rakyat selaku pengundi yang akan menentukan tampuk pimpinan kerajaan negeri juga perlu dilibatkan sebagai pemain dalam aspek pembangunan Sabah.

“Saya melihat model terbaik ialah harus ada integrasi antara kerajaan dan juga rakyat untuk memastikan pembangunan yang dilaksana sampai dan senada,” jelasnya.

Hey there! Ask me anything!