Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah satu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools. Ia merupakan salah satu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara dalam talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Apa itu RssReader?
RssReader adalah satu program, membolehkan anda menerima berita atau maklumat dan mengautomasikan penghantaran kandungan dari laman web (Portal Berita RTM), terus ke desktop atau platform pilihan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/
RSS Portal Berita – Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kemudahan pengguna mendapatkan berita terkini, terbitan RTM. Melaluinya RTM berharap dapat menyalurkan maklumat terkini secara lebih pantas dan berkesan selain membolehkan pengguna mengintegrasikan kandungan ke dalam aplikasi pilihan masing-masing. Berikut pilihan perkhidmatan RSS Feeds RTM:
- Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak, tanpa perlu melayari lan web satu per satu.
- Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi tidak diinginkan (Spam).
- Anda dapat mengetahui maklumat terkini isu-isu semasa secara lebih cepat dan berkesan.
- Memudakan sindikasi kandungan untuk paparan di platform masing-masing.
- Berita atau paparan maklumat adalah terkini tanpa perlu melayari laman ini.
| Bil | Kategori |
| 1 | Berita Nasional |
| 2 | Berita Ekonomi |
| 3 | Berita Dunia |
| 4 | Berita Jenayah |
| 5 | Berita Sukan |
| 6 | Berita Hiburan |
| 7 | Pilihan Raya |
| 8 | Kolumnis |
| 9 | Pakej Berita |
| 10 | BES+ |
| 11 | Ulasan Berita |
| 12 | Infografik |
| 13 | Highlights |

