MISANO, 16 September – Sehari selepas kemenangan dramatik Marc Marquez di Grand Prix San Marino, pelumba MotoGP kembali ke Litar Misano bagi sesi ujian pada Isnin.
Pedro Acosta bangkit cemerlang selepas aksi hujung minggu lalu yang sukar apabila mencatat masa terpantas bersama Red Bull KTM Factory Racing, meninggalkan Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) dan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) di belakang.
Tumpuan turut terarah kepada jentera Yamaha yang menampilkan enjin V4 terbaharu, dengan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) dan Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP) menguji kelajuan model tersebut.
Enam lagi pusingan musim ini masih berbaki, namun Marc Marquez berpeluang meraih gelaran dunia pertama sejak 2019 sekiranya mengatasi pungutan mata Alex Marquez dengan kelebihan tiga mata di Grand Prix Jepun akan datang.-REUTERS